WARNA WARNI AIDIL FITRI , HARI PELAPORAN DAN BACAAN YAASIN
Sambutan Warna Warni Aidil Fitri digabung bersama program Hari Pelaporan dan Bacaan Yassin buat pelajar Tingkatan 3, 5 dan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada murid-murid Pra Sekolah SK Teloi Tua dan PASTI Sg Pau.
Majlis pada kali ini amat meriah sekali dengan kehadiran lebih daripada 500 orang tetamu.
Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang program ini berlangsung.
Sesi penyampaian hadiah kepada pelajar oleh Tuan Pengetua Ustaz Tirmizi Bin Hj. Zakaria.